Kursus Profesional Dan Kemahiran Asas Psikologi dan Perkembangan
Awal Kanak-Kanak
Kami menyediakan kursus jangka pendek bagi tempoh 1 hari. Kursus asas ini adalah penting bagi setiap guru/pengusaha tadika/taska untuk mendapatkan tip-tip ataupun cara-cara bagaimana kita dapat mengenali seseorang kanak-kanak lebih mendalam agar mereka dapat menyesuaikan diri mereka di dalam suasana yang baru iaitu tadika.Kursus ini juga akan menekankan aspek perkembangan kanak-kanak yang secara keseluruhan meliputi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Sijil Penyertaan diiktiraf oleh UTMSPACE
Sijil Profesional Pendidikan Awal Kanak-kanak
Sijil Profesional ini dijalankan dalam jangka masa pendek iaitu dalam tempoh 10 hari sahaja. Antara modul-modul yang akan dibincangkan dalam kursus ini adalah Asas Psikologi dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Pendidikan Khas Awal Kanak-Kanak, Asas Bahasa dan Seni Awal Kanak-Kanak dan juga Asas Kesihatan dan Keselamatan Awal Kanak-kanak serta Pengajaran dan Pembelajaran Awal Kanak-kanak. Kelas hanya akan dijalankan pada setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad) atau Cuti Sekolah berpanjangan sahaja samada berterusan 10 hari atau hujung mnggu sahaja. Sijil Profesional diiktiraf oleh UTMSPACE
Kursus Keusahawanan Tadika (KUT)
APS juga menganjurkan seminar keusahawanan bagi mereka yang ingin menceburi dalam bidang perniagaan terutamanya perniagaan Tadika. Seminar ini akan dijalankan dalam tempoh 1 hari yang akan didedahkan secara mendalam mengenai Pengurusan Tadika, Penubuhan Tadika dan yang paling penting adalah tentang kelebihan mengenai perniagaan ini.
Kursus profesional awal kanak-kanak 10 hari.. Blh saya dptkn info
pn boleh contact numbor ini ye untuk maklumat lanjut 0173154600 kami ada buka kursus psikologi awal kanak-kanak